Malim Padek
~Malim Padek dipercayai berasal dari Sungai Puar, Sumatera.
Beliau juga merupakan moyang kepada keturunan saya. Beliau
dikurniakan seorang anak yang diberi nama
Nasir Bin Malim Padek.
~Nasir bertemu jodoh dengan seorang gadis cantik
bernama Membunga atau juga dikenali sebagai
Maimunah binti To' Senik
~Rumahtangga mereka berdua telah dikurniakan Allah seramai
enam(6) orang cahaya mata. Salah seorang daripada
keenam-enam cahaya mata itu adalah ibu tersayang
saya yang bernama Kalsom Binti Nasir.
To' Senik
~To' Senik berasal dari Kampung Kota, Kelantan. Beliau adalah
merupakan moyang saya dan berketurunan Melayu Pattani.
Beliau dikurniakan beberapa orang cahaya mata termasuklah
nenek tersayang yang diberi nama Membunga
atau Maimunah binti To' Senik
~Malangnya pihak saya tidak mempunyai maklumat yang cukup
berkenaan salasilah keturunan keluarga sebelah bapa kecuali
nama datuk dan nenek sahaja iaitu Taib dan isteri Mak Che Mah.
Arwah datuk merupakan seorang tukang emas mahir.
~Kepada sesiapa sahaja terutama sekali saudara-mara jauh dan
dekat yang mempunyai sebarang maklumat dan ingatan tentang
salasilah keturunan keluarga sebelah bapa dan ibu saya, diharap
dapat meninggalkan sedikit catatan kepada saya untuk saya
muatkan dalam catatat keturunan keluarga.
"Yang Baru Dipelihara, Yang Lepas jangan Dilupa"
~Jutaan Terima Kasih
p/s: catatan boleh dibuat di ruangan catatan dibawah post atau
email kepada saya di
faridahananyaacob@gmail.com / faridahananyaacob@yahoo.com
-Surat menyurat juga diterima, sila kirim ke alamat
Faridahanan binti Yaacob
Lot 1530-A, Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa 15400
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim,
Malaysia.
Friday, April 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
dah jumpa ke?
belom lagi. kalo ade jupe2 ke, roger2 lah. kang nk wat kenduri2 bleh la jupe2
Blh search dgn keluarga haji muhammad bin Nasir bin Malim Padek.
Anak ketiga dan Adik beradik kpd kalthom.
Blh search dgn keluarga haji muhammad bin Nasir bin Malim Padek.
Anak ketiga dan Adik beradik kpd kalthom.
Post a Comment